Salam Persaudaraan

Yang Berbahagia Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati sekalian.

Didoakan anda semua dan seluruh ahli keluarga berada di dalam keadaan yang sihat, makmur, bahagia dan sejahtera.

Dengan segala sukacita dan rendah hatinya saya, ingin menjemput anda semua untuk menyertai Projek Keusahawanan Sosial Islam MyCommunityMall kami.

logo-mycommunitymall-copy

Projek yang sedang kami jayakan ini adalah sebuah Projek yang mampu menjadi induk keusahawanan sosial Islam di Malaysia dan memayungi sekurang-kurangnya 1000 orang usahawan, 10,000 jenis produk berteraskan Halalan Thoiyiban dan 100,000 orang Ahli yang menjadi pemilik dan pengguna setianya. Projek ini dijangka mampu menjana nilai ekonomi sosial berjumlah RM300 Juta Setahun (100,000 pengguna x RM250.00 x 12 bulan).

Laman ini masih lagi bersifat amatur kerana kami sedang mengumpulkan dana dengan menjual Saham Hibah di atas untuk membiayai kos pembinaan laman web dan e commerce yang profesional. Walaubagaimanapun, laman ini telah bersedia untuk menerima dan memproses pendaftaran serta pembayaran keahlian dan saham hibah yang dijual.

Laman web ini juga mengandungi maklumat dan penerangan berkenaan falsafah, prinsip, kaedah dan tatacara kerja untuk projek ini. Pihak kami akan berusaha setiap masa untuk menyempurnakan KPI yang ditetapkan. Laporan berterusan akan diberikan dari masa ke semasa di laman web ini dan terus kepada e-mail semua ahli yang berdaftar.

PROJEK KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM (Islamic Social Enterprise Projek)

MyCommunityMall dibina berasaskan prinsip keusahawanan sosial Islam. Sebagai sebuah projek keusahawanan sosial, semua keuntungan hasil jual beli barangan melalui projek ini akan digunakan untuk membangunkan masyarakat ke arah perpaduan, kersejahteraan dan kemajuan hidup. Semua keuntungan hasil jual beli barangan akan dimasukkan ke dalam Tabung Hibah MyCommunitymall.

Semua ahli akan menikmati Dana Tabung Hibah tersebut berdasarkan pegangan saham hibah masing-masing. Kos pengurusan dan pelaburan projek pula akan dibiayai melalui Tabung Pengurusan MyCommunityMall yang akan diisi oleh jualan yuran pendaftaran dan jualan saham tabung hibah.

Manakala untuk menjadikannya sebuah projek keusahawanan sosial Islam pula, Prinsip Jual Beli (Al Bai) dan Prinsip Pemberian Hadiah (Al Hibah) merupakan 2 prinsip utama Islam yang dijadikan teras kepada projek ini.

images

MASALAH YANG INGIN DIATASI

Projek MyCommunityMall ini diusahakan untuk mengatasi beberapa masalah utama dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia ini iaitu :

  1. Kekurangan bekalan makanan dan keperluan harian apabila diperlukan akibat dari permainan kotor pihak industri yang ingin mengaut keuntungan besar akibat dari perubahan harga barangan yang berlaku.
  2. Ketidaktentuan harga barangan kerana penurunan nilai RM akibat inflasi, deflasi serta manipulasi ke atas harga tersebut dan mata wang negara.
  3. Gaji yang rendah, waktu bekerja yang panjang, pekerjaan yang memperhambakan  sehingga mengabaikan kualiti hubungan kekeluargaan dan kebahagiaan kehidupan yang sebenar.
  4. Kesedaran pengguna yang lemah, kefahaman kepenggunaan yang salah serta kekuatan yang tidak digembeling.
  5. Jurang ekonomi yang tidak adil kerana keuntungan ekonomi hanya dinikmati oleh sekumpulan kecil pemegang saham sahaja.

IMPAK YANG INGIN DIPEROLEHI

Justeru itu, Impak Sosial yang ingin dihasilkan adalah seperti berikut :

  1. Pengumpulan barangan keperluan harian yang diperlukan oleh Para Usahawan yang menyertai projek ini. Mereka bertanggungjawab untuk membekalkan barangan tersebut dengan mencukupi bagi memelihara kestabilan dan kesejahteraan hidup ahli.
  2. Kawalan harga barangan yang dikumpulkan dengan penetapan nilai barangan tersebut kepada Community Point. Manakala CP ini pula diikat pada harga emas semasa bagi memastikan kestabilan dan keutuhannya untuk jangka panjang.
  3. Manual Pengurusan Rakan Sekerja yang unik dengan sistem kerja yang dinamik dan anjal serta penggajian yang lebih baik dari sektor biasa.
  4. Latihan dan kempen kepenggunaan islamik secara tetap, bersungguh-sungguh dan berkesan.
  5. Semua ahli berhak ke atas keuntungan yang dihadiahkan ke dalam Tabung Hibah MyCommunityMall melalui jumlah saham yang diperolehi mereka dari masa ke semasa. Bagi menghadkan jurang ekonomi dikalangan ahli, Had Hibah ditetapkan pada 50,000 Community Point sebulan bagi seseorang ahli.

COMMUNITI POINT (Mata Komuniti)

Community Point atau selepas ini disebut CP merupakan salah satu keunikan bagi projek ini. CP di dalam MyCommunityMall memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai impak yang ditetapkan dan mengatasi masalah yang dinyatakan di atas.

community-point

Setiap mata CP yang diwujudkan didalam sistem ini akan diikat dengan nilai semasa Dinar Emas di pasaran. Ini sangat penting bagi memperkukuhkan nilai CP tersebut dan melepaskannya dari turun naik nilai matawang fiat seperti RM.

Bermula 1 November 2016, Nilai 1 CP ditetapkan pada nilai RM 1.00. Nilai CP berbanding RM dijangka akan mengalami pengukuhan apabila CP yang wujud di dalam projek ini diikat dengan Dinar Emas. Buat masa ini ditetapkan juga setiap 1000 CP yang diwujudkan akan diikat dengan 1 Dinar Emas.

Kaedah mengikat CP kepada Dinar Emas adalah sangat mudah iaitu dengan membeli Dinar Emas fizikal dan menyimpan stok Dinar Emas ini dari masa ke semasa. Bagi mendapatkan kecairan tunai untuk Tabung Pengurusan MyCommunityMall, Dinar Emas yang diperolehi tersebut akan dicagarkan ke Syarikat Ar Rahnu yang menjadi Rakan Kongsi MyCommunityMall ini nanti.

Terdapat juga idea untuk menggunakan teknologi Crypto Coin seperti Dinar Coin yang terdapat di pasaran. Salah satu Koperasi di Malaysia yang menggunakan teknologi ini adalah Koperasi Dinar Dirham Malaysia Berhad. Kajian mendalam sedang dilakukan berkenaan hal ini dan perkembangan tentangnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa di dalam Blog MyCommunityMall ini.

RAKAN KONGSI MYCOMMUNITYMALL

images-2

Pihak kami bekerjasama dengan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia) yang bertindak sebagai platform NGO Rasmi bagi projek My Community Mall ini.

picture1

Penggerak Malaysia bertindak selaku Penasihat dan Pemantau Projek. Penggerak Malaysia juga akan menaungi ahli-ahli kumpulan yang terdapat di dalam projek ini dengan membentuk Biro My Usahawan Penggerak Malaysia dan Biro My Pengguna Penggerak Malaysia. 6 Bengkel Latihan untuk pembangunan ahli MyCommunityMall akan dikendalikan sendiri oleh Biro Latihan Penggerak Malaysia.

Pihak kami juga dengan ini menjemput koperasi-koperasi, NGO-NGO lain, agensi-agensi kerajaan, persatuan penduduk, organisasi agama, agensi korporat dan lain-lain badan yang sah untuk bersama kami sebagai Rakan Kongsi MyCommunityMall bagi menjayakan projek ini.

Selaku Rakan Kongsi, logo rasmi pertubuhan anda akan dipamerkan bersama sebagai pengiktirafan. hanya pertubuhan yang menjadi Rakan Kongsi sahaja dibenarkan untuk membeli saham Tabung Hibah MyCommunityMall, mempunyai akaun ahli tersendiri dan mendaftarkan ahli-ahli yang berada di dalam pertubuhan mereka.

Sila email kami di alamat email : partner@mycommunitymall.my untuk urusan lanjut dan surat jemputan rasmi sebagai Rakan Kongsi projek.

AHLI MYCOMMUNITYMALL

Projek MyCommunityMall ini membuka keahliannya kepada seluruh anggota masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai dokumen pengenalan yang sah samada warganegara mahupun bukan.

Yuran Keahlian MyCommunityMall ditetapkan kepada 50 CP sebulan dan 600 CP setahun. Walaubagaimana pun, untuk tahun pertama ini, kami memberikan diskaun khas keahlian seperti di bawah.

my-member

My Member

Yuran Tahunan RM250.00 Setahun

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN AHLI

Bagi tujuan latihan dan pembangunan ahli, jaringan ukhuwwah dan pemantauan projek, kami menjalankan beberapa program pembangunan ahli seperti berikut: (1) Bengkel Pembinaan Peribadi Sejahtera, (2) Bengkel Pembinaan Keluarga Sejahtera, (3) Bengkel Pembinaan Komuniti Sejahtera, (4) Bengkel Pembinaan Usahawan Komuniti, (5) Bengkel Pembinaan Pemimpin Komuniti dan (6) Bengkel Pembinaan Pelabur Komuniti.

Melalui Program Pembangunan Ahli ini, kami ingin menyatukan mereka, membersihkan mereka dari kepercayaan (aqidah) perniagaan yang sesat seperti aqidah perniagaan Kapitalis, Sosialis, Hedonis, Sekular dan lain-lain yang bercanggah dengan Islam dan nilai agama yang lain. Kami ingin memperkenalkan konsep Keusahawanan Sosial Islam sebagai satu Prinsip Bisnes yang terbaik kepada mereka, melatih mereka mengurus perniagaan berdasarkan konsep tersebut, membina mereka menjadi Angel Investor (Pelabur Komuniti) dan bersama mereka berjuang di dalam pelbagai aspek kehidupan yang mereka ceburi melalui platform MyCommunityMall ini.

USAHAWAN MYCOMMUNITYMALL

my-merchant
My Merchant

Yuran Tahunan RM1,500.00 Setahun

PRINSIP PERNIAGAAN YANG ISLAMIK, BERSIH DAN JELAS

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada segala perkara yang berkaitan dengan Riba, Maisir dan Gharar dari sudut syariah di dalam usaha pengumpulan modal dan perlaksanaan projek ini. Projek ini juga bersih dari elemen MLM, Skim Cepat Kaya, Piramid dan lain-lain sistem yang menipu pengguna yang terdapat di dalam industri perniagaan e-commerce.

quranic-sciences

Untuk mengawal segala urusan berkaitan dengan hal ini, Majlis Penasihat Syariah MyCommunityMall (MyPenasihat) akan ditubuhkan oleh Penggerak Malaysia. Pihak Ahli Lembaga Pengarah Muslim Event akan memastikan setiap Ahli Kumpulan MyCommunityMall mematuhi segala garis panduan perlaksanaan yang dikeluarkan.

patuh-syariah

MyPenasihat akan mengeluarkan Sijil Patuh Syariah kepada projek ini. Sebuah Badan Pemantau Syariah (MyHisbah) juga akan ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Syariah ini untuk memantau pematuhan syariah oleh semua ahli kumpulan MyCommunityMall dari masa ke semasa.

TABUNG HIBAH MYCOMMUNITYMALL

Keunikan projek ini yang membezakannya dengan e commerce yang lain adalah semua keuntungan jual beli barang dan perkhidmatan dimasukkan ke dalam sebuah Tabung Hibah dan diagihkan kepada semua ahli berdasarkan jumlah Saham Hibah yang dimiliki mereka.

Pihak Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh memiliki Saham Hibah My Community Mall dengan membeli saham hibah itu seperti berikut :

1-platinum-point

1 Platinum Point = 7 Saham Hibah = RM5,000.00

1-gold-point

1 Gold Point = 1 Saham Hibah = RM1,000.00

1-silver-point

1 Silver Point = RM100.00

15 Silver Point = 15 Saham Hibah = RM1,500.00

Wang yang kami perolehi daripada Yuran Keahlian dan Penjualan Saham Hibah seperti di atas, akan dimasukkan ke dalam Tabung Pengurusan My Community Mall untuk membolehkan kami menguruskan projek ini dengan jayanya.

FASA PERLAKSANAAN

Projek ini diuruskan menurut 12 Fasa Perlaksanaan yang dirancang.

slide19

OUTLET-OUTLET FIZIKAL

My Community Mall juga ingin mewujudkan Gedung-Gedung dan Pusat-Pusat Khidmat Komuniti berlandaskan Teknologi E Commerce terkini sepenuhnya yang patuh syariah.

slide39

Sebuah Gedung di atas nama My Community Mall ingin dibuka di setiap negeri dan sebuah Pusat Khidmat di atas nama My Community Shoppe akan dibuka di setiap daerah dengan Izin Allah SWT.

slide38

Semua sistem dan transaksi dibuat berlandaskan teknologi terkini E-Commerce yang patuh syariah melalui laman www.mycommunitymall.my yang dibina ini.

slide37

HARAPAN MASYARAKAT

Perlu saya nyatakan di sini bahawa projek ini sangat besar dan sangat penting bagi kumpulan kami. Kami memikul harapan ramai ahli masyarakat agar projek ini dapat dilaksanakan dan segala cita-cita yang dihasratkan akan dimakbulkan Allah swt. Justeru itu, segala isi kandungan, falsafah, konsep, kaedah, sistem dan tatacara yang terkandung didalam laman web ini merupakan satu amanah dari kami untuk tuan-tuan semua. Ianya mestilah dipelihara sebaik mungkin dan tidak digunakan tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kami.

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI MYCOMMUNITYMALL

Saya dengan ini, menjemput Tuan/Puan semua untuk bergabung bersama sebagai Ahli MyCommunityMall. Yuran Tahunan hanyalah RM250.00 sahaja sebagai ahli dan Saham Hibah boleh dibeli bermula dengan RM100.00 bagi 1 Silver Point atau sehingga RM5,000.00 bagi 1 Platinum Point.

slide35

Pihak kami juga sangat berbesar hati agar Tuan/Puan semua dapat menelaah isi kandungan laman kami ini dan memberikan pandangan yang membina agar dapat kami menambah baik segala isi kandungannya demi manfaat seluruh anggota masyarakat.

Segala perhatian, layanan, kerjasama dan sokongan yang diberikan berkenaan hal ini, kami dahului dengan lafaz Jazakallahu Khairan Kathira. Hanya kepada Allah swt sahajalah kami pohon untuk memberikan ganjaran yang terbaik dan sewajarnya kepada tuan-puan semua.

Semoga persaudaraan kita kerana Tuhan dapat dijalinkan di dalam bidang perniagaan ini sebagai bekalan kita di dunia dan di akhirat kelak.

Salam Persaudaraan.

“Berkhidmat Kerana Tuhan”

naz2

MOHD NAZRI BIN SAHAT

Pengerusi
Muslim Event Planner Sdn. Bhd.
H/P : 019-362 5658
Email: nazri@mycommunitymall.my