Assalamualaikum & Salam Bahagia Untuk Semua!

Selamat Datang Ke Gedung Maya My Community Mall.

Yang Berbahagia Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati sekalian.

Dengan segala sukacita dan rendah hatinya saya, ingin menjemput anda semua untuk menyertai Projek Keusahawanan Sosial Islam MyCommunityMall kami.

Projek yang ingin kami jayakan ini adalah sebuah Projek Gedung Komuniti yang kami namakan sebagai My Community Mall. Projek ini kami lihat sebagai sebuah projek yang mampu menjadi induk keusahawanan sosial Islam dan memayungi sekurang-kurangnya 1000 orang usahawan, 10,000 jenis produk berteraskan Halalan Thoiyiban dan 100,000 orang Ahli yang menjadi pemilik dan pengguna setianya. Projek ini mampu menjana nilai ekonomi sosial berjumlah RM300 Juta Setahun (100,000 pengguna x RM250.00 x 12 bulan). Keseluruhan keuntungan hasil jual beli barangan melalui projek ini akan dihadiahkan kepada semua ahli berdasarkan pegangan saham hibah masing-masing.

My Community Mall adalah sebuah projek untuk mewujudkan Gedung-Gedung dan Pusat-Pusat Khidmat Komuniti berlandaskan Teknologi E Commerce terkini sepenuhnya yang patuh syariah. Projek My Community Mall ini direka untuk dimiliki oleh Ahli Kumpulan My Community Mall yang terdiri daripada Ahli Kumpulan My Merchant, Ahli Kumpulan My Member  dan  Ahli Kumpulan My Manager.

Sebuah Gedung di atas nama My Community Mall ingin dibuka di setiap negeri dan sebuah Pusat Khidmat di atas nama My Community Shoppe akan dibuka di setiap daerah dengan Izin Allah SWT. Semua sistem dan transaksi dibuat berlandaskan teknologi terkini E-Commerce yang patuh syariah melalui laman www.mycommunitymall.my yang dibina. Ianya dibuka kepada semua anggota masyarakat yang bersetuju dan boleh mematuhi segala prinsip dan syarat yang ditetapkan untuk projek ini. Pelbagai impak positif ke atas masyarakat Malaysia dan Negara akan diperolehi melalui kejayaan perlaksanaan projek ini.

Pihak kami bekerjasama dengan Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia) yang akan bertindak sebagai platform NGO Rasmi bagi projek My Community Mall ini. Penggerak Malaysia akan bertindak selaku Penasihat dan Pemantau Projek. Penggerak Malaysia juga akan menaungi ahli-ahli kumpulan yang terdapat di dalam projek ini dengan membentuk Biro My Usahawan Penggerak Malaysia dan Biro My Pengguna Penggerak Malaysia. 6 Bengkel Latihan untuk pembangunan ahli MyCommunityMall akan dikendalikan sendiri oleh Biro Latihan Penggerak Malaysia.

Bagi tujuan latihan dan pembangunan ahli, jaringan ukhuwwah dan pemantauan projek, kami menjalankan beberapa program pembangunan ahli seperti berikut: (1) Bengkel Pembinaan Peribadi Sejahtera, (2) Bengkel Pembinaan Keluarga Sejahtera, (3) Bengkel Pembinaan Komuniti Sejahtera, (4) Bengkel Pembinaan Usahawan Komuniti, (5) Bengkel Pembinaan Pemimpin Komuniti dan (6) Bengkel Pembinaan Pelabur Komuniti.

Melalui Program Pembangunan Ahli ini, kami ingin menyatukan mereka, membersihkan mereka dari aqidah perniagaan yang sesat seperti aqidah perniagaan Kapitalis, Sosialis, Hedonis, Sekular dan lain-lain yang bercanggah dengan Islam, memperkenalkan konsep Keusahawanan Sosial Islam sebagai satu Jihad Bisnes kepada mereka, melatih mereka mengurus perniagaan berdasarkan konsep tersebut, membina mereka menjadi Angel Investor (Pelabur Komuniti) dan bersama mereka berjihad di dalam pelbagai aspek kehidupan yang mereka ceburi melalui platform MyCommunityMall ini.

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada segala perkara yang berkaitan dengan Riba, Maisir dan Gharar dari sudut syariah di dalam usaha pengumpulan modal dan perlaksanaan projek ini. Projek ini juga bersih dari elemen MLM, Skim Cepat Kaya, Piramid dan lain-lain sistem yang menipu pengguna yang terdapat di dalam industri perniagaan e-commerce.

Untuk mengawal segala urusan berkaitan dengan hal ini, Majlis Penasihat Syariah MyCommunityMall (MyPenasihat) akan ditubuhkan oleh Penggerak Malaysia. Pihak Ahli Lembaga Pengarah Muslim Event akan memastikan setiap Ahli Kumpulan MyCommunityMall mematuhi segala garis panduan perlaksanaan yang dikeluarkan.

MyPenasihat akan mengeluarkan Sijil Patuh Syariah kepada projek ini. Sebuah Badan Pemantau Syariah (MyHisbah) juga akan ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Syariah ini untuk memantau pematuhan syariah oleh semua ahli kumpulan MyCommunityMall dari masa ke semasa.

Justeru itu, pihak kami ingin menjemput pihak Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai projek keusahawanan sosial Islam MyCommunityMall ini dengan membuka keahlian seperti berikut :

KEAHLIAN MYCOMMUNITYMALL

  1. My Member             –           Yuran Tahunan RM250.00 Setahun
  2. My Merchant          –           Yuran Tahunan RM1,500.00 Setahun

Laman web ini  mengandungi maklumat dan penerangan berkenaan falsafah, prinsip, kaedah dan tatacara kerja untuk projek ini. Pihak kami akan berusaha setiap masa untuk menyempurnakan KPI yang ditetapkan. Laporan berterusan akan diberikan dari masa ke semasa di laman web ini dan terus kepada e-mail semua ahli yang berdaftar.

Keunikan projek ini yang membezakannya dengan e commerce yang lain adalah semua keuntungan jual beli barang dan perkhidmatan dimasukkan ke dalam sebuah Tabung Hibah dan diagihkan kepada semua ahli berdasarkan jumlah Saham Hibah yang dimiliki mereka.

Pihak Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh memiliki Saham Hibah My Community Mall dengan membeli saham hibah itu seperti berikut :

  1. Platinum Point       –           7 Saham Hibah bagi setiap 1 platinum point, manakala 1  platinum point berharga RM5,000.00.
  2. Gold Point                –           1 Saham Hibah bagi setiap 1 gold point yang dibeli,  manakala  1 gold point berharga RM1,000.00
  3.  Silver Point              –            1 Saham Hibah bagi setiap 15 silver point yang dikumpulkan, manakala 1 silver point berharga RM100.00

Wang yang kami perolehi daripada Yuran Keahlian dan Penjualan Saham Hibah seperti di atas, akan dimasukkan ke dalam Tabung Pengurusan My Community Mall untuk membolehkan kami menguruskan projek ini dengan jayanya.

Projek ini diuruskan menurut 12 Fasa Perlaksanaan yang dirancang. Kesemua konsep, perincian dan perancangan projek ini boleh dirujuk kepada laman web kami di http://www.mycommunitymall.my  yang telah kami sediakan. Laman ini masih lagi bersifat amatur kerana kami sedang mengumpulkan dana dengan menjual Saham Hibah di atas untuk membiayai kos pembinaan laman web dan e commerce yang profesional. Walaubagaimanapun,  laman ini telah bersedia untuk menerima dan memproses pendaftaran serta pembayaran keahlian dan saham hibah yang dijual.

Perlu saya nyatakan di sini bahawa projek ini sangat besar dan sangat penting bagi kumpulan kami. Kami memikul harapan ramai ahli masyarakat agar projek ini dapat dilaksanakan dan segala cita-cita yang dihasratkan akan dimakbulkan Allah swt. Justeru itu, segala isi kandungan, falsafah, konsep, kaedah, sistem dan tatacara yang terkandung didalam laman web ini merupakan satu amanah dari kami untuk tuan-tuan semua. Ianya mestilah dipelihara sebaik mungkin dan tidak digunakan tanpa pengetahuan dan kebenaran dari kami.

Kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ Tuan/Puan/Saudara/Saudari dapat menelaah isi kandungan laman kami ini dan memberikan pandangan yang membina agar dapat kami menambah baik segala isi kandungannya demi manfaat seluruh anggota masyarakat.

Segala perhatian, layanan, kerjasama dan sokongan yang diberikan berkenaan hal ini, kami dahului dengan lafaz Jazakallahu Khairan Kathira. Hanya kepada Allah swt sahajalah kami pohon untuk memberikan ganjaran yang terbaik dan sewajarnya kepada tuan-puan semua.

Semoga persaudaraan kita kerana Tuhan dapat dijalinkan di dalam bidang perniagaan ini sebagai bekalan kita di dunia dan di akhirat kelak.

Salam Persaudaraan.

“Berkhidmat Kerana Tuhan”

MOHD NAZRI BIN SAHAT

Pengerusi
Muslim Event Planner Sdn. Bhd.
H/P : 019-362 5658
Email: nazri@mycommunitymall.my

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *