My Merchant

my-merchant

 

  1. Usahawan-usahawan yang ingin menyertai MyCommunityMall dikenakan Yuran Tahunan My Merchant.
  2. Yuran Tahunan MyCommunityMall ditetapkan sebanyak 3,000.00 CP setahun bersamaan dengan RM3,000.00.
  3. Yuran ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Pengurusan MyCommunityMall bagi membiayai segala hal ehwal pengurusan MyCommunityMall dari masa ke semasa.
  4. Usahawan-usahawan MyCommunityMall dikategorikan pula kepada kategori dibawah berdasarkan perbezaan harga komisyen barangan yang diberikan kepada MyCommunityMall.
    1. Usahawan Pengedar ( Sales Agent )                               10% – 30%
    2. Usahawan Peruncit ( Retail Merchant )                        20% – 50%
    3. Usahawan Pemborong ( Distributor Merchant )         40% – 60%
    4. Usahawan Pengeluar ( Manufacturer Merchant )       50% – 70%
  5. Sistem www.mycommunitymall.my dibina untuk mampu menerima kesemua jenis barang dan tidak terhad (unlimited products), mempunyai pelbagai pembekal (multi-vendor), pelbagai stokis (multi-stokist) dan pelbagai kedai (multi-outlet).
  6. Usahawan MyCommunityMall yang mendaftar di dalam sistem ini boleh memasukkan sehingga 10 jenis barang. Sekiranya barangan usahawan tersebut melebihi 10 jenis, barangan yang lebih akan dikenakan caj-caj tambahan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
  7. Setiap Usahawan MyCommunityMall akan mempunyai satu laman khas yang memaparkan barangan masing-masing. (www.eshoppe.MyCommunityMall.my)
  8. Pembayaran kepada para usahawan akan dibuat melalui E Wallet Usahawan (Merchant E-Wallet)
  9. Para Usahawan boleh mengeluarkan jumlah yang terdapat di dalam E Wallet mereka pada bila-bila masa.
  10. Pengeluaran dari E Wallet akan dibuat menggunakan cek syarikat dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima arahan pembayaran (withdrawal) dari para usahawan terlibat.
  11. Perkhidmatan lain yang diberikan kepada para usahawan MyCommunityMall adalah seperti berikut :
    1. Studio Rakaman Mini – Untuk mengambil gambar atau video produk bagi dimasukkan ke dalam sistem
    2. Khidmat Kreatif – Script Writer, Graphic Designer dan lain-lain khidmat berkaitan dokumentasi dan promosi produk
    3. Muslim Business Coach – Khidmat nasihat menguruskan perniagaan menurut falsafah dan kaedah Islam
  12. Segala urusan barangan yang terdapat di dalam MyCommunityMall ini diuruskan sendiri oleh Bahagian Keusahawanan MyCommunityMall.