My Hibah

slide18MODEL AGIHAN DANA DAN PENDAPATAN MYCOMMUNITYMALL

Terdapat 3 Tabungan Utama Iaitu (1) Tabung Pengurusan  (2) Tabung Produk  dan (3) Tabung Hibah

Perbelanjaan Mengurus Diambil Dari Tabung Pengurusan, Kos Produk Yang Perlu Dibayar Kepada Usahawan Pembekal Diambil Dari Tabung Produk Dan Keuntungan Hasil Jual Beli Produk Dimasukkan Ke Dalam Tabung Hibah Dan Diagihkan Kepada Semua Ahli Menurut Saham Hibah Yang Mereka Perolehi

Aqad yang digunakan di sini adalah Aqad Al-Bai (Jual Beli) dan Aqad Hibah (Pemberian Hadiah).

Perbezaan utama bagi projek ini dengan e commerce yang lain adalah berkenaan Prinsip Hibah dan Tabung Hibah yang disediakan.

 

slide21PENERANGAN BERKENAAN TABUNG HIBAH

Setiap produk yang ditawarkan di dalam sistem mycommunitymall mempunyai nilai hibah nya masing-masing. Peruntukan dana hibah bagi sesuatu produk itu adalah diantara 0% – 100%.

Nilai bagi satu saham hibah di kira oleh sistem secara auto menurut formula berikut :

Jumlah Dana Tabung Hibah/Jumlah Saham Hibah Semua Ahli

Seseorang ahli itu boleh mengumpul Saham Hibah mereka dengan menggunakan beberapa cara iaitu (1) Membeli Platinum Point  (2) Gold Point  (3) Silver Point  (4) Mendapatkan Recruitment Point (5) Mengumpulkan Purchase Point dan (6) Mengumpulkan Training Point.

Pemberian Hibah dibuat menggunakan Community Point yang akan dimasukkan ke dalam Community Wallet ahli yang berkenaan. Community Point ini ditetapkan pada kadar 1.00 CP = RM1.00 buat masa ini. Pihak Pengurusan akan berusaha untuk meningkatkan nilai bagi 1.00 CP ini melebihi dari RM1.00  dari masa ke semasa dan dari tahun ke tahun.  Semua produk dan perkhidmatan yang dimasukkan ke dalam sistem MyCommunityMall akan ditetapkan nilai CP nya masing-masing. Apabila ketetapan ini telah dibuat untuk sesuatu produk tersebut, maka ahli-ahli boleh menebusnya menggunakan CP yang ada di dalam C-Wallet masing-masing.

 

slide19MEMPEROLEHI MATA SAHAM HIBAH (HIBAH POINT)

Bagi setiap 1 Gold Point yang dibeli oleh ahli, mereka akan memperolehi 5 Saham Hibah. Harga tukaran ditetapkan kepada 1,000.00 Community Point sama dengan RM1,000.00

Bagi Setiap 5 Silver Point yang dibeli pula, ahli-ahli akan memperolehi 1 Saham Hibah. 1 Silver point ditetapkan kepada 50.00 Community Point dan 5 Silver Point bernilai 250.00 Community Point.

Saham Hibah juga akan diperolehi oleh ahli apabila mereka membeli barangan yang terdapat di dalam sistem mycommunitymall. Apabila ahli membeli atau menebus barangan yang mereka ingini di dalam sistem, mereka akan memperohi Purchase Point. Setiap 250 Community Point yang dibelanjakan oleh ahli akan memberikan mereka 1 Purchase Point. Setiap Purchase Point membawa nilai 1 Saham Hibah.

Mata Saham Hibah yang lain boleh diperolehi dengan usaha yang diberikan. Ianya adalah Recruitment Point dan Training Point. Apabila seseorang ahli mendaftarkan 10 orang ahli baru, mereka akan memperolehi 10 Recruitment Point bersamaan dengan 1 Saham Hibah. Manakala Training Point pula diperolehi apabila seseorang ahli itu memperolehi sijil kursus yang disediakan. 1 Kursus memberikan 1 Saham Hibah.

 

 

PEWARISAN DAN PENYERAHAN PEMILIKAN SAHAMslide20

Keunikan bagi projek ini adalah ianya menjadikan mata saham hibah yang kita perolehi tersebut adalah kekal sepanjang hayat, diserah milik dan juga boleh diwarisi.

Mata Saham Hibah yang diperolehi daripada Gold Point, Silver Point, Recruitment Point dan Training Point  adalah kekal sepanjang hayat.

Walaubagaimana pun, hanya Mata Saham Hbah daripada Gold Point dan Silver Point sahaja boleh diwarisi dan boleh diserahkan hak miliknya kepada ahli yang lain dengan syarat mereka itu kekal aktif di dalam sistem ini.

Mata Saham Hibah yang diperolehi melalui Purchase Point pula, berubah setiap bulan, tidak boleh diwarisi dan tidak boleh ditukar hak milik kepada sesiapa. Ianya akan dinikmati oleh kita pada bulan tersebut sahaja.

 

ANGGARAN PURATA MATA SAHAM HIBAH BAGI 100,000 ORANG AHLI

slide22

Simulasi Pengiraan Hibah ini adalah seperti berikut :

(1) 100,000 orang ahli menyertai projek ini.

(2) 1,000 Platinum Point Dijual pada harga RM5,000.00 bagi 1 Platinum Point. Bagi setiap 1 Platinum Point yang terjual, 7 Saham Hibah diagihkan. Penjualan ini memberikan Jumlah Mata Saham Hibah terkumpul sebanyak 7,000 Mata Saham.

(3) 5,000 Gold Point Dijual pada harga RM1,000.00 bagi setiap 1 Gold Point. Bagi 1 Gold Point yang terjual, 1 Saham Hibah diagihkan. Penjualan ini memberikan Jumlah Mata Saham Hibah terkumpul sebanyak 5,000 Mata Saham.

(4) Sebanyak 150,000 Silver Point dibeli oleh ahli pada harga RM100.00 setiap 1 Siver Point. 1  Saham Hibah diagihkan bagi setiap 15 Silver Point yang dikumpulkan oleh seseorang ahli. Ini memberikan Jumlah Mata Saham Hibah Terkumpul melalui penjualan Silver Point ini adalah sebanyak 10,000 mata saham.

(5) Purata 10,000 orang ahli membawa masuk 10 orang ahli baru setiap seorang. Mata Saham Terkumpul melalui Recruitment Point ini adalah 10,000 mata saham.

(6) Simulasi ini mengandaikan setiap ahli membeli barangan secara purata sebanyak RM250.00 pada setiap bulan. Apabila setiap RM250.00 yang dibelanjakan memberikan 1 Mata Saham Hibah, ini memberikan Jumlah Mata Saham Hibah Terkumpul melalui Purchase Point ini adalah sebanyak 100,000 mata saham.

Jumlah Mata Saham Terkumpul (Purata) 100,000 Orang Ahli Pada Sesuatu Bulan Adalah Sebanyak 132,000 Mata Saham Hibah

(7) Untuk mengira nilai bagi setiap satu Saham Hibah, formula yang digunakan adalah Jumlah Dana Hibah Terkumpul/Jumlah Saham Hibah Terkumpul bagi sesuatu bulan.

(8) Untuk simulasi ini, Jumlah Jualan Bulanan adalah RM25 Juta dan purata keuntungan atas jualan adalah 25%. Maka Jumlah Dana Hibah Terkumpul adalah sebanyak RM6.25 Juta.

(9) Justeru itu, Nilai 1 Saham Hibah adalah RM6.25 Juta / 132,000 Mata Saham = RM 47.35

 

 

SIMULASI PENGIRAAN HASIL YANG DIPEROLEHI MELALUI SISTEM AFFILIATE HIBAH MYCOMMUNITYMALL INI.

slide23

slide24

slide25

Simulasi ini mengira perbezaan Mata Saham Hibah yang diperolehi melalui Platinum Point, Gold Point Dan Silver Point. Kelihatan di sini bahawa Platinum Point 60%, Gold Point 40% dan Silver Point 30% pada tahun pertama.

Platinum Point dan Gold Point mempunyai jumlah Saham Hibah yang mencukupi untuk memberikan pulangan berterusan pada tahun ke dua dan seterusnya.

Manakala Silver Point pula perlu dtambah lagi 1 Saham Hibah pada tahun kedua dan 1 lagi Saham Hibah pada tahun ketiga untuk membolehkannya memberikan pulangan yang berterusan pada tahun keempat dan seterusnya.

Sistem Hibah ini sangat unik dan hebat kerana ianya membolehkan Ahli-Ahli mendapat barangan dan perkhidmatan secara percuma dan pihak pengurusan pula mempunyai dana yang sentiasa mencukupi untuk menguruskan projek ini tanpa henti.

Insha Allah!