My Members

logo-my-member

Tujuan Menjadi Ahli MyCommunityMall

Matlamat keahlian ini adalah matlamat yang baik, mulia serta diharuskan oleh syariat Islam. Setiap anggota masyarakat yang ingin menyertai projek MyCommunityMall ini hendaklah mempunyai niat/tujuan seperti di bawah.

  1. Keahlian dibuka kepada seluruh anggota masyarakat Malaysia tanpa mengira kerakyatan, agama, etnik, status sosial dan lain-lain karektor yang memisahkan.
  2. Bergabung untuk mewujudkan sebuah komuniti MyCommunityMall yang bersatu padu, saling memberi dan menerima serta saling memperkuatkan antara satu sama lain.
  3. Mendokong usaha para usahawan MyCommunityMall mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang halal, suci dan mematuhi syariah Islam dengan pembelian produk/perkhidmatan mereka setiap bulan
  4. Membina kekuatan ekonomi diri, keluarga dan masyarakat dengan pemusatan aktiviti jual beli di gedung maya www.mycommunitymall.my
  5. Menikmati Hibah Barangan Dan Perkhidmatan yang diberikan melalui penebusan Community Point yang diperolehi di dalam C-Wallet masing-masing.
  6. Mencari keampunan dan keredhaan Tuhan dengan berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran agama dan budaya bangsa di dalam projek MyCommunityMall ini

Syarat Menjadi Ahli MyCommunityMall

  1. Keahlian MyCommunityMall adalah terbuka kepada semua anggota masyarakat samada rakyat Malaysia mahupun Bukan Warganegara dengan syarat berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai dokumen yang sah.
  2. Untuk menerima hibah atau hadiah yang diberikan, setiap ahli dikehendaki mengaktifkan Akaun mereka pada setiap tahun dengan membayar Yuran Tahunan My Member sebanyak 500.00 CP setahun yang bernilai RM500.00.
  3. Yuran Tahunan ini adalah tertakluk kepada keputusan Pihak Pengurusan MyCommunityMall dari masa ke semasa.
  4. Sekiranya seseorang ahli itu tidak menjelaskan Yuran Tahunannya selepas 30 hari dari tarikh tamat tempoh keahliannya, sistem MyCommunityMall akan menolak jumlah tersebut secara auto samada melalui C-Wallet mahupun E-Wallet ahli tersebut.

Yuran Tahunan My Member

  1. Yuran Tahunan : CP 500.00 bersamaan RM500.00